Wednesday, July 28, 2010

Langkah Pertama ...

Lama rasanya tak menulis. Hampir 3 tahun membisu dari dunia blog yang begitu akrab suatu waktu dulu.

Langkah Pertama! Sama seperti judul sebuah novel karya Khadijah Hashim yang menjadi bahan bacaan ku.Hari ini aku menulis kembali. Hari ini laman blogspot diaktifkan dan akan terus bernafas. Satu langkah baru telah ku ambil hari ini. Pagi tadi bermulanya perjalanan ku bersama La PraiseTM.

Selama ini, kulit muka ni memang mudah diurus dan tidak cerewet. Malah sejak kecil memang payah untuk bedak lekat di pipi. Teringat suatu masa dulu, sewaktu bersekolah asrama, bekalan sebekas bedak Baby Johnson botol sedang itu akan memakan masa 2-3 tahun untuk dihabiskan. Ditambah pula aku ni jenis wanita kurang bersolek.

Ingat lagi saat mula berjinak-jinak dengan penjagaan muka, maka berkenalanlah dengan produk berasaskan susu kambing Belina. Waktu itu baru aku tahu yang kulit mukaku ini jenis campuran kulit kering dan berminyak. Lama tak lama, hampir setahun juga aku kekal bersama Belina sebelum mula bertukar-tukar produk. Pelbagai jenama sudah ku guna. Alhamdulillah kulit mukaku ini tidak meragam. Paling-paling kalau tiba suatu-suatu masa tiada produk yang berkenan, rawatan tradisi seperti penggunaan bedak sejuk tetap pilihan hati.

Bila usia semakin meningkat, pelbagai perubahan mula ketara. Mungkin dengan perubahan hormon, maka yang lainnya juga turut berubah. Kulit yang kering, semakin kering, yang berminyak semakin banyak minyak. Sudah 2-3 bulan terakhir ini, aku membuat perbandingan beberapa produk, dari yang tak berapa dikenali hingga yang memang ternama. Baik dari segi kos, bahan-bahan, tahap halal dan keberkesanannya. Ada yang aku berkenan tapi poket ku pula tak mampu. Dalam pada tercari-cari, akhirnya bertemu dengan La PraiseTM, produk keluaran Switzerland. Harga berpatutan untuk 5 item dalam 1 set.

Untuk penggunaan pertama kali pagi tadi, alhamdulillah aku amat selesa dengannya. Bahannya lembut dan ringan pada wajah. Tak seperti produk2 sebelum ini, ada yang rasa melekit, terasa tebal dan bau yang terlampau kuat. La PraiseTM memang satu produk alami yang sesuai apa jua kulit wajah, sepastinya sesuai buat ku. Ni kira jatuh-cinta-penggunaan-pertama lah. Nak cerita panjang-panjang pun tak boleh sebab baru sekali je guna pagi tadi. Jadi, tunggulah rentetan perjalanan aku bersama La Praise selepas ini, ya.

Tak sabar rasanya nak tunggu malam menjelma.. tak sabar nak merasai pengalaman pertama tidur selepas menggunakan krim malam pula. Aekekekeke.. jangan marah aa.. ^-^

No comments:

Post a Comment