suatu waktu tanpa tersangka jelang
tanpa terpinta jengah diri
apakah ia benar
atau sekedar mainan mimpi
sepertinya aku tidak keruan kernanya
sepertinya aku tiba-tiba jadi perindu
rindu yang menyentuh hati
rindu yang membuka lipatan kisah lalu
rindu yang tak ketahuan mahu ke mana
disela waktu sering terhadir
pilu sendu menyentuh kalbu
apakah yang terjadi?mengapakah aku?
perlukah lagi semua nya
ada tika terasa amat aman
ada waktu serasa amat tersiksa
perjalanan .. ia sungguh berliku
mampukah lagi untuk ku teruskan
di mana, bagaimana, siapa, bila, apa..
aku sendiri tertanya
ahhh.. inikah namanya rasa
kuasaNYA yang Maha Mencipta
yang mahu kita kembali padaNYA
kerna memang itu mula dan akhirnya
... mampukah aku, sayang
~ifaalyana, Kuala Lumpur
20.01.2011 20:11hrs
No comments:
Post a Comment