Tuesday, January 11, 2011

Hanya DIA Yang Maha Tahu

waktu akan terus berdetik
akan terus berlalu

momen terlakar
menjadi rentetan sejarah
buat titipan hari muka

aku masih seperti dulu
percaya & yakin terhadapMu

hanya padaMu,
ku serahkan segalanya..

biar apa yang telah dan akan terjadi
pasti kan tetap terjadi
mohon dipermudahkan
apa jua laluan yang terbaik
duniawi.. ukhrawi..

biar bicara itu terus berlagu
mana tahu akan makbul doa
kerna..

Hanya DIA Yang Maha Tahu

Friday, January 07, 2011

Sayyidul Istighfar - Penghulu Ampunan

Baru sebentar tadi ibu telefon aku di pejabat. Dari cerita hal-hal rumah, hingga aku dapat kuliah Jumaat. Alhamdulillah aku dikurniakan ibu seperti beliau.

Nak tau apa dia? Ibu kata, kalau ada masa lapang (mesti dilapang-lapangkan juga walau sedikit), amalkanlah..

Dalam rumi..

"Allahumma anta rabby…laa ilaha illa anta, kholaqtany wa ana 'abduka wa ana 'ala 'ahdika wa wa'dika mastato'tu, a'udzubika min syarri ma sona'tu abu-u laka bini'matika 'alaiyyawa abu-u bidzanby faghfirly… fa innahu laa yaghfirudz-dzunuuba illa anta…"

Maksudnya:
Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hambaMu dan aku di dalam genggamanMu dan di dalam perjanjian setia (beriman dan Taat) kepadaMu sekuat mampuku. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.

dan ibu kata.. sebagai penutup yang menggandakan zikir/doa..(insyaallah)

Dalam rumi:
“Subhanallahi wabihamdihi adada khalqihi, wa ridho nafsih, wa zinata ‘arshihi, wa midaada kalimatihi”

Maksudnya:
“Maha Suci Allah dan segala pujian (untuk)Nya sebanyak bilangan makhluk ciptaanNya, dan seluas keredhaanNya, dan seberat timbangan arashNya dan sebanyak tinta kalimatNya”

Salam Jumaat semua!

Thursday, January 06, 2011

Layan Jiwang?

Lama rasanya tak mendengar lagu ini, nyanyian Ziana Zain. Aku sedang mendengar siara radio THR Gegar dari telefon genggamku. Rindu dengan siaran radio pantai timur yang menemaniku selama 2 tahun aku bermukim di Kuantan suatu waktu dulu. Dapat pula saat ini Isma Halil sedang menjadi DJnya. :-)

Apa kata kita imbas lirik lagu nya...

Ziana Zain (Saari Amri / Lukhman S)

Kemelut Di Muara Kasih

Seandainya dapat kau selam
Sambil mentafsir tasik hatiku
Cuma tenang di permukaan
Dan di dasarnya bergelora

Persoalan demi persoalan
Membelenggu akal dan fikiran
Tidak ku temu jawapan

Seandainya dapat ku lari
Jauh ku pergi membawa diri
Sebenarnya langkah terkunci
Antara kasih dan juga budi

Mengapa kau jua yang kurindu
Walau sudah ku tahu
Payah bersatu
Hidup denganmu

Engkau sungguh jujur dan ikhlas terhadapku
Tak pernah walau dalam sekali pun
Kau pinta ku membalas
Semuanya itu lambang kesetiaan mu
Bukannya mengaburi mata ini
Atau sebaliknya

Kita bagaikan pertaruhan
Pada yang menyaksikan
Jauh manakah kita bertahan

Jika ku tersilap
Pastinya di pandang hina
Terlalu banyak sungguh halangan
Terpaksa ku terjah
Aku pun tidak tahu
Apa yang ingin Tuhan tunjukkan
Adakah ini dugaannya
Hanyalah sekadar untuk menguji setiamu

Seandainya hajat tak sampai
Tanah dan badan pasti berkecai
Terkubur harapan di liang cinta
Kasih ini kita semadikan


...hurm terdiam seketika. Tetiba terasa syahdu pula dibuatnya.


- Posted using BlogPress

Saturday, January 01, 2011

Alfaini Wa Ahda Ashar | Dua Ribu Sebelas | Two Thousand Eleven

Begitu pantas masa berlalu.. dari tahun dua ribu empat, saat aku mula menulis di alam maya ini, kini sudah dua ribu sebelas rupanya. Enam tahun lebih dengan nukilan-nukilan ku itu telah diarkibkan ke TTOMH I dan TTOMH II. Kali ini sudah TTOMH III… tiba-tiba satu persoalan timbul dibenakku, perlukah semua arkib itu disatukan kembali ke laman ini? Bagaimana ye?

Setiap tahun baru, pasti kita sering diutarakan dengan soalan-soalan azam atau tekad baru. Pada aku, azam itu tak semestinya perlu dipasang atau diniatkan hanya tatkala menjelangnya tahun masehi yang baru. Azam pada aku adalah niat yang kita tekadkan. Bukan kah sunnahnya, setiap apa yang kita lakukan seharian ini dimulakan dengan niat dan niat tu sebenarnya apa yg terdetik di hati kita (tak semestinya perlu dilafazkan dengan lidah).

Apa jua amalan yang dilakukan oleh seseorang Muslim, ia akan menjadi lebih bermakna untuk dirinya adalah apabila amalan itu dimulai dengan niat yang betul. Niat ialah sengaja yang disembunyikan di dalam hati. Ia juga merupakan suatu keazaman di dalam hati di dalam melaksana sesuatu perbuatan atau amal. Nabi s.a.w bersabda: “Setiap amalan itu hanyalah berdasarkan niat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Bercerita dengan niat, dari hari ke sehari niat nak makin rajin menulis di laman ini. Setidak-tidaknya aku rasa aku dah memulakannya. Niat nak mencantikkan laman ini, mungkin belum lagi dapat dilaksana. Sebenarnya lewat akhir tahun lalu, aku membaca semula nulikan-nukilan di blog ku ini. Ia membawa perasaan yang berbaur, bak membuka lipatan sejarah sebagai panduan dan teladan masa depan. Dalam banyak-banyak yang dibaca balik, ada satu perkataan yang membuat aku ingin memikirkannya secara serius.. "journalist". Hurmm..

Oklah, nanti kita sambung lagi ye.

Thursday, December 30, 2010

Love Chooses You...


If you find yourself in love with someone, and that someone does not love you...be gentle to yourself, there is nothing wrong with you, love just did not choose to rest in that someone's heart.

If you find someone in love with you, and you can not answer that love... feel honored that love came by and called on your door.... but gently refuse the feeling you cannot return, as love did not choose to settle in your heart.

If you find yourself in love with someone and the love returned...it still can happen that love chooses to leave... do not try to reclaim it and do not assess any blame... let it go, despite the pain...there is a reason and meaning to this... you cannot choose love by yourself...LOVE CHOOSES YOU!!!!

Mmmmm ...

"Kesedihan dan kerinduan hanya terasa selama mana yang kita ingini dan
menyayat hati sedalam mana yang kita izinkan.
Yang berat bukan caranya menanggung kesedihan dan kerinduan itu,
tetapi bagaimana mengambil pengajaran darinya."


- Posted using BlogPress

Friday, December 24, 2010

Blog?

Hari tu macam bersemangat nak menulis balik. Alih-alih cuma 2 posting je..hari untuk tahun 2010 pun dah nak ke penghujung. Sejak seminggu lepas, aku mencari-cari cara lain untuk lebih kerap menulis walaupun padaku menulis dari sebuah desktop lebih selesa.

Despite of having Facebook or Twitter around, i think bloging still relevant.

Lantas, dengan 'permainan' baru yang seusia 2 bulan lebih ini, ku temui blogpress. Mari kita cuba..

Thursday, July 29, 2010

Pusara Lebuhraya

Senggang masa cuma dalam sejam sebelum maghrib. Harap-harap perjalanan pulang nanti bolehlah kurang dari sejam.

"kakak, Ramadhan dah nak dekat. achik dah nak gi Sarawak. bila lagi?"
"baiklah. akan diusahakan."

"long, semalam ibu sms aku pasal sms dia kepada pya. aku dah call ibu. pasal mbah tu. agak-agak bila ko free? achik tu jadi gi bila? pya nanti aku cakaplah."
"hurm.. plan aku jadi gi tengok kak najah. cian pulak. kita nih je sepupu yang rapat. takkan kita tak gi kan. so aku free rabu or khamis je la. achik gi ahad kot. ko taulah mamat tu suka last minute."
"ok lah nanti aku confirm bila kay"

Malam semalam dah sms kat adik-adik aku.
"uda,achik,pya.. khamis petang mesti jadi tau. nak kemas kubur mbah"
semua membalas "ok"

"ibu, semua dah setuju. dan kami nak cadangkan walaupun mbah taknak apa-apa tas kubur, pesan nesan je pun tak pe. minta tolong dari ayah la kot. boleh kan? terima kasih banyak-banyak ye."
"alhamdulillah. yelah, nanti ibu cakapkan"

"kakak, ayah kat tempatnya ni. kat simpang lima. tapi tak boleh terus siap. paling tidak seminggu, ok ke?"
"boleh lah, yah. paling tidak sebelum mula puasa or sebelum raya kita letak. esok ni kami kemaskan kubur je la."

"long, jadi tau khamis petang. jumpa kat rumah ibu dalam kul 6 petang. nanti achik dan pya datang ngan aku. aku usahakan gerak dari KL on time. thanks."

Al-Fatihah buat nenda tercinta, Hjh Siti Fatimah Abd Wahab ~8 June 1912 - 2 Nov 2009~
..pusara yang terletak di sebelah lebuhraya persekutuan..

Wednesday, July 28, 2010

Langkah Pertama ...

Lama rasanya tak menulis. Hampir 3 tahun membisu dari dunia blog yang begitu akrab suatu waktu dulu.

Langkah Pertama! Sama seperti judul sebuah novel karya Khadijah Hashim yang menjadi bahan bacaan ku.Hari ini aku menulis kembali. Hari ini laman blogspot diaktifkan dan akan terus bernafas. Satu langkah baru telah ku ambil hari ini. Pagi tadi bermulanya perjalanan ku bersama La PraiseTM.

Selama ini, kulit muka ni memang mudah diurus dan tidak cerewet. Malah sejak kecil memang payah untuk bedak lekat di pipi. Teringat suatu masa dulu, sewaktu bersekolah asrama, bekalan sebekas bedak Baby Johnson botol sedang itu akan memakan masa 2-3 tahun untuk dihabiskan. Ditambah pula aku ni jenis wanita kurang bersolek.

Ingat lagi saat mula berjinak-jinak dengan penjagaan muka, maka berkenalanlah dengan produk berasaskan susu kambing Belina. Waktu itu baru aku tahu yang kulit mukaku ini jenis campuran kulit kering dan berminyak. Lama tak lama, hampir setahun juga aku kekal bersama Belina sebelum mula bertukar-tukar produk. Pelbagai jenama sudah ku guna. Alhamdulillah kulit mukaku ini tidak meragam. Paling-paling kalau tiba suatu-suatu masa tiada produk yang berkenan, rawatan tradisi seperti penggunaan bedak sejuk tetap pilihan hati.

Bila usia semakin meningkat, pelbagai perubahan mula ketara. Mungkin dengan perubahan hormon, maka yang lainnya juga turut berubah. Kulit yang kering, semakin kering, yang berminyak semakin banyak minyak. Sudah 2-3 bulan terakhir ini, aku membuat perbandingan beberapa produk, dari yang tak berapa dikenali hingga yang memang ternama. Baik dari segi kos, bahan-bahan, tahap halal dan keberkesanannya. Ada yang aku berkenan tapi poket ku pula tak mampu. Dalam pada tercari-cari, akhirnya bertemu dengan La PraiseTM, produk keluaran Switzerland. Harga berpatutan untuk 5 item dalam 1 set.

Untuk penggunaan pertama kali pagi tadi, alhamdulillah aku amat selesa dengannya. Bahannya lembut dan ringan pada wajah. Tak seperti produk2 sebelum ini, ada yang rasa melekit, terasa tebal dan bau yang terlampau kuat. La PraiseTM memang satu produk alami yang sesuai apa jua kulit wajah, sepastinya sesuai buat ku. Ni kira jatuh-cinta-penggunaan-pertama lah. Nak cerita panjang-panjang pun tak boleh sebab baru sekali je guna pagi tadi. Jadi, tunggulah rentetan perjalanan aku bersama La Praise selepas ini, ya.

Tak sabar rasanya nak tunggu malam menjelma.. tak sabar nak merasai pengalaman pertama tidur selepas menggunakan krim malam pula. Aekekekeke.. jangan marah aa.. ^-^

Thursday, July 19, 2007

test

percubaan..

30 hari setelah hari bersejarah dalam hidup..